Monday, 13 April 2015

Seni Budaya

Negara Malaysia mempunyai rakyat berbilang kaum terdiri daripada rakyat berbangsa Melayu, Cina, India dan banyak lagi kumpulan etnik lain telah hidup bersama sama dengan harmoni sejak bergenerasi sekian lamanya.
contohnya :-

Masyarakat Melayu memakai baju kurung songket untuk wanita dan baju melayu bersampin untuk kaum lelaki. Masyarakat melayu mempunyai tarian tradisioanal yang sangat unik seperti tarian Zapin, tarian Mak Yong, tarian Lilin, dan lain lain.Masyarakat Melayu juga mempunyai permainan congkak yang memerlukan dua pemain, kayu congkak dan bebuli




Masyarakat Cina memakai baju cheongsam tradisional yang sangat elegan. Masyarakat Cina akan  menyambut tahun baru cina dengan Tarian Naga yang sangat mengasyikkan dimana mereka memakai kostum naga yang besar dan dimainkan beberapa orang penari menari mengikut rentak gendang yang sangat meriah.





Masyarakat India pula memakai baju sari untuk wanita dan kurta untuk lelaki. Mereka menyambut hari Deepavali dengan meriah sekali dan dihidangkan pelbagai manisan. Masyarakat India juga mempunyai pelbagai jenis tarian dan muzik seperti Tabla dimainkan bersama dengan tarian Bharata Natyam yang sangat bertenaga dan lemah lembut.


Dihasilkan oleh:  Putry, Ariffah, Nurin, Nazmer, dan Najwa 

No comments:

Post a Comment